Minggu, 24 Agustus 2008

Eksperimen: Mengkaji kesan jenis elektrod ke atas elektrolisis larutan akueus

Eksperimen: Mengkaji kesan jenis elektrode ke atas elektrolisis larutan akueus


Cintai Kimia

1. Elektrolisis larutan natrium klorida pekat dengan katod merkuri.
(a) Sebuah tiub-U diisi dengan merkuri supaya merkuri berada di antara bahagian dasarnya.
(b) Salah satu lengan tiub-U diisi dengan elektrolit larutan natrium klorida 2 mol dm-3 .
(c) Lengan yang kedua diisi dengan air suling.
(d) Elektrod karbon dipasang kepada bateri supaya menjadi anod.
(e) Seutas wayar disambung daripada bateri kepada lapisan merkuri supaya merkuri
menjadi katod.
(f) Suis dihidupkan.
(g) Keputusan:
Di anod: Gas bewarna kuning-kuningan terbebas.
Gas ini melunturkan kertas litmus lembap. Klorin terhasil.
2Cl- " Cl2 + 2e-
Di katod: Logam natrium terhasil dan membentuk amalgam dengan merkuri.
Na+ + e- " Na
Na + Hg " NaHg
(h) Natrium terenap melalui nyahcas ion Na+ kerana elektrod merkuri digunakan.
(i) Rajah menunjukkan proses elektrolisis berlaku.



2. Elektrolisis larutan akueus kuprum(II) sulfat dengan elektrod-elektrod



(a) Larutan kuprum(II) sulfat dimasukkan ke dalam sebuah litar.
(b) Elektrod-elektrod kuprum dicelupkan ke dalam larutan akueus kuprum(II) sulfat. Litar
dilengkapkan seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
(c) Suis dihidupkan dan arus elektrik dibiarkan mengalir selama 20 minit.
(d) Pemerhatian di anod dan katod dicatatkan.
Di anod: Kepingan anod kuprum terkakis. Jisimnya berkurangan berbanding dengan
jisim asal. Atom kuprum menjadi ion Cu2+.
Cu " Cu2+ + 2e-
Di katod: logam kuprum terenap di katod. Ion-ion Cu2+ dan H+ tertarik kepada anod. Ion
Cu2+ dinyahcaskan secara pilihan.
Cu2+ + 2e- " Cu
(e) Oleh itu, jenis elektrod mempengaruhi hasil yang terbentuk di elektrod.

Sumber : geocities.com

Tidak ada komentar: